Wednesday, September 19, 2012

BAB3 : Kisah burung murai


  Benar telahan Farid, ada masalah besar menimpa Daud. Sungguh Daud tidak pandai menipu. Riak wajahnya kerap membongkar rahsia terpendam. " Apa masalah kau sebenarnya Daud? tanya Farid cuba mengendur ikatan rahsia terik Daud. " Susah rid, cakap salah tak cakap pun salah." ujar Daud.


  Semakin Farid teruja untuk mengorek rahsia namun sengaja berpura menekan 'keypad' melambatkan bicara. "Apalah yang merunsingkan kau sangat tu Daud, kau tak habis-habis dengan masaalah" ucap Farid bermain kata cuba mengikat percaya daud. "Dari kecil kita kawan takkan kau masih tak opercayakan aku Daud" tokok Farid.
  Perlahan Daud menghela nafas, dikeluarkan sebatang rokok kretek dari bungkusannya. diselit ke mulut lalu dicucuh apimya. Dalam benar Daud menyedut rokoknya lebih dalam dari masalah yang dihadapinya. "Aduh" jerit kecil Daud tatkala bara kecil rokok terjatuh ke lengannya. Farid tertawa. Lucu melihat aksi sahabat karibnya."Aku bukan apa rid, kalau aku bagitau dekat kau, kau boleh simpan rahsia aku ni?" soal Daud bernada tegas.
  "Aku yakin kau boleh percayakan aku" balas Farid segera. Dia bingkas bangun menepuk bahu Daud. Daud sedikit terkejut. Daud seakan tidak mampu memendam rasa. Diluah segala apa yang menimpa dirinya. Bersemangat benar dia menceritakan segala masalah yang menyesakkan kepala. Berulang Farid mengangguk. lebih banyak mengiya dari menyampuk.
  "Banyak benar masalah yang menmpa kau Daud" ujar Farid. Berhati-hati cuba menyusun bicara, takut benar tersalah kata. Tidak mahu dia menyinggung perasaan Daud. "Beginilah Daud, Aku rasa lebih baik kalau kau berehat dulu di rumah sementara waktu ni. Tenangkan fikiran kau yang kusut tu." sambungnya lagi. Hanya itu yang Farid mampu nasihatkan. Daud terus diam, sedikit mengangguk tanda setuju. Matahri semakin melabuhkan tirainya. Maka beransurlah pulang dua sahabat dari kampung Tualang.
  "Betulkah apa yang kau beritahu ni rid?" soal Medan seakan tidak percaya. "Betul tapi kau janji ya jangan beritahu sesiapa pun perkara ini. Jangan sampai Daud." pinta  Farid seakan merayu. Bunyi nada menyesal jelas kedengaran. Menyesal memberitahu masalah Daud kepada Medan. " Bereh guu" jawab Medan berseloroh. "Kau jangan risau rid, aku takkan ceritakan pada sesiapa ok." tambah Medan lagi cuba menguat kata. Farid senyum hambar. Harap benar Medan akan menyimpan rahsia. Kicau burung seakan tertawa melihat manusia berpegang kata.

p/s : Burung murai diatas pokok, marilah kita berhenti merokok!

No comments:

Post a Comment